Thursday 1 December 2011

Jom Imarahkan majlis Ilmu dan Mengingati Hamba-hamba yang Dekat dengan Allah!!!!!!!!

Asslamua'laikum wbt.....

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah Tuhan yang mencipta, memelihara, memerintah dan berkuasa atas Setiap makhluk serta alam ini......

Bersyukur juga kerana diberi peluang untuk menerima nikmat dan mensyukurinya bagi orang-orang yang berakal....

Pada saat yang pernuh berkah ini... Insya Allah saya sebagai hambaNya hanya menjadi perantaraan untuk menyampaikan nasihat dan menyeru sahabat-sahabat yang bergelar Islam ini supaya terus berjuang untuk menegakkan Islam....

Setiap bait kata-kata yang keluar dari kedua bibir ini tidak lain hanyalah daripada Allah swt kerana segala yang wujud di muka bumi ini hanya miliknya......

Marilah wahai sahabiyah Islamiah supaya kita mengimarahkan Majlis-majlis ilmu Allah swt agar kita sentiasa dekat dengan kerahmatan,keberkatan dan keredhaan Allah kerana Sesungguhnya hanya di dalam majlis ilmu inilah kita dapat menghadirkan hati kita supaya mengenal dan beriman serta mencintaiNya... secara tidak langsung kita juga akan mampu untuk mencintai Habibullah iaitu junjungan besar Nabi Muhammad saw....

Berkat dakwah Baginda saw, maka berdirilah tiang-tiang kecintaan kita kepada Allah s.w.t, kecintaan kepada NabiNya , para Aulia' dan para solihin serta kecintaan kita kepada segenap kaum muslimin..... Subhanallah....

Sesungguhnya berada di samping para Ulama' itu akan menjadikan seseorang itu merayakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt...

Ketahuilah wahai Mu'min...
Sesungguhnya apabila kita berkumpul untuk memperingati orang-orang mulia, memperingati mereka hamba-hamba yang dekat dengan Allah swt, maka Allah swt akan mendekatkan diri kita kepada-Nya...

Marilah kita menghayati kisah hamba Allah yang diberikan kemuliaan kerana mengingati Para Ulama' dan Aulia'...

Dalam sebuah riwayat disebutkan ketika di sebuah negeri sedang dilanda kemarau yang begitu panjang, dan bertahun-tahun hujan tidak turun. Kemudian mereka bersepakat akan mengumpulkan seluruh penduduk kampung untuk melakukan solat istisqa' (minta turun hujan).Tiba-tiba datanglah seorang musafir yang tengah musafir di daerah itu. Saat melihat para penduduk berkumpul, ia bertanya kepada salah seorang dalam kalangan mereka:
               
 " Apakah yang telah berlaku? Aku melihat kesusahan yang dihatapi oleh kamu semua?"

Lalu sebahagian daripada mereka berkata:

" Wahai fulan, kami sedang dilanda kemarau yang berpanjangan sehingga kami akan melakukan solat sunat istisqa' untuk memohon kepada Allah swt agar menurunkan hujan ke negeri kami"

Lalu orang musafir itu mengangkat tangannya seraya berdoa:

"Ya Allah demi apa yang ada di dalam kepalaku ini, aku memohon kepadaMu agar Engkau menurunkan hujan kepada penduduk negeri ini "

Tidak lama selepas itu, hujan pun turun....
Para penduduk terkejut dan salah seorang dalam kalangan mereka bertanya:
"Wahai fulan , apa yang ada di dalam kepalamu sehingga kau bertawassul dengan yang ada di dalam kepalamu"

Lalu ia menjawab:
"Sesungguhnya yang ada di dalam kepala saya ini ada dua bola biji mata yang pernah melihat wajah Abu Yazid al-Bushtami. Dan dengan berkat itu Allah swt menurunkan hujan bagi negeri kamu..."

Subhanallah!!!
betapa hebatnya jika dapat berada di dalam majlis ilmu yang berada di dalamnya para solihin dan Ulama'.... Semoga Allah swt memelihara dan merahmati kita.....
Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada kisah di atas......

Hidup Islam!!!! Pelihara Iman!!! Kejar Ihsan!!!

Wallahua'lam....

2 comments:

  1. Moga terus istiqamah dalam menyampaikan nasihat..Amin

    ReplyDelete
  2. Allahuakabar. ayuh bersama jadikan cinta kepada Allah dan syahid di jalannya cita tertinggi!

    ReplyDelete