Saturday 26 November 2011

Mutiara Kata daripada Wali Allah....

Assalamua'laikum....
Alhamdulillah..... bersyukur kerana masih dihidupkan hanya semata2
untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.....

Hari ini dengan Izin-NYA, dapatlah kita berkongsi beberapa mutiara kata yang berbentuk masihat daripada Imam yang sangat disegani kewaliannya di sisi Allah dan Masyarakat iaitu
                            .... IMAM AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ.....

Marilah kita sama menghadirkan hati kita untuk memahami, mengamalkan dan menyampaikan setiap bait2 nasihat daripada beliau kerana hanya orang2 yang berakal sahaja yang akan berfikir.....

1. Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu, nescaya hal itu akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat darjatmu di sisi Allah....

2. Barangsiapa yang semakin mengenal Allah s.w.t nescaya ia akan semakin takut kepadaNya...

3. Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang-orang yang beruntung, bagaimana mungkin ia akan menjadi orang yang beruntung?  dan Barangsiapa duduk dengan orang-orang yang beruntung, bagaimana mungkin ia tidak akan menjadi orang yang beruntung?

4. Barangsiapa yang yakin dan percaya pada risalah yang diutusnya Nabi Muhammad saw maka ia akan bersabar dalam menanggungnya. Dan barangsiapa yang membenarkan risalah kerasulam Muhammad saw, maka ia akn sanggup mengorbanan harta dan jiwa kerananya....

5. Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan, dan seburuk2 nafsu adalah yang diikuti.

6. Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri daripada 2 golongan.
     i) golongan yang diwajahnya terdapat tanda2 bekas sujud
     ii) golongan yang terdapat tanda2 bekas keingkaran

7. Syaitan mencari sahabat-sahabatnya  dan Allah swt pula menjaga kekasih-kekasihNya

8. Apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang, maka ringanlah semua kebiasaan baginya dan akan keluar keagungan kebiasaanya dari dirinya....

9.Barangsiapa yang memerhatikan waktu, maka ia akan selamat daripada kemurkaan Allah....

10. Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan ALLAH SWT, maka Allah swt akan memenuhi hatinya dengan rahmatNya di setiap waktu.

Wallahua'lam..... moga ambil iktibar....
sekian Wassalam...

Thursday 24 November 2011

Kuasa Zikir - Mewujudkan Kecintaan seorang Hamba kepada Kholiqnya...-

ALHAMDULILLAH....
Berkat kasih dan rahmatNya...
kita masih diberi peluang untuk bangkit bersama2 menyeru seruan Ilahi unuk mengimarahkan dunia ini dengan perkara2 yang diredhaiNya.....

Wahai saudara saudari semuslimku....
Agungkanlah perintah Allah...
Agungkanlah apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w...
Jadikanlah Al-Quran sebagai sebahagian dalam hidup kita....
Dan Berzikirlah setiap saat kepada Allah s.w.t...

Seperti Firman Allah s.w.t. :
" Wahai orang-orang yang beriman, Ingatlah selalu kepada  Allah dan berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang banyak....."

Wahai sahabat seukhwah yang dirahmati Allah...
Rasulullah s.a.w telah memberikan  kabar gembira kepada orang2 yang banyak berzikir kepada Allah bahwa bagi mereka akan mendapatkan keamanan serta keselamatan di dunia dan di akhirat....

Kisah beberapa orang sahabat yang telah datang menemui Rasulullah WAJIB dijadikan ikutan..
Para sahabat telah bertanya: " Wahai Rasulullah! syaria't Islam banyak amalannya sehingga menjadikan kami bingung ! jadi manakah yang harus kami dahulukan. Berikanlah kami wasiat kepada kami suatu amalan yang akan dapat kami pegang dengan teguh."

Maka Rasulullah s.a.w memberikan kepada mereka wasiat agar mereka banyak berzikir kepada Allah s.w.t..

Terdapat dalam sebuah kisah ...
seorang anak dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.wditawan oleh tentera kafir... Lalu ayah dan ibu anak tersebut mengadu kepada Rasulullah. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh mereka supaya banyak berzikir kepada Allah serta menyuruh memperbanyakkan berzikir dengan zikir  لا حول ولاقوة إلا بالله......
Maka Kedua ibu bapa tersebut membaca zikir yang telah diajarkan oleh Rasulullah....

Berkat amalan zikir tersebut, akhirnya para penjaga yang mengawasi anak tersebut ketiduran dan anat itu berjaya melarikan diri daripada tawanan tentera kafir...

Wahai insan yang dimuliakan Allah....
Lihatlah bagaiman para sahabat dan hamba terdahulu...
Bukan hanya lisan2 mereka sahaja yang bergerak tetapi hati2 mereka juga turut bergetar menyebut nama Ilahi.... 

Seperti kisah al-Imam Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad....
Beliau selalu memberi wasiat dan peringatan kepada murid2nya agar tidak seorang pun yang bercakap dan berbicara dengannya ketika beliau hendak menuju ke surau atau masjid... 
Hal ini kerana beliau sedang ingin mengumpulkan hatinya untuk mengingati Allah.... 
Subhanallah!!!!

Marilah wahai teman seukhwahku sekalian agar kita sentiasa membasahkan lidah kita menyebut  kalimah2Nya....


Monday 21 November 2011

Syafaat Nabi s.a.w Menyelamatkan Umat2nya daripada Azab Api Neraka

Assalamua'laikum ya muslimin wal muslimat al-A'izza'....

Alhamdulillah.... bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi ilmu yang dibaca daripada Kitab SAKARATUL MAUT DAN ALAM KUBUR.... semoga ilmu ini juga akan kekal di dada saya dan pembaca-pembaca dan menjadi petunjuk segala amalan harian kita... Insya Allah...

Perkongsian yang sangat berkesan bagi sesiapa yang diberi nur dan hidayat Allah untuk merenung dan menghayati setiap bait-bait ayat. Jika diberi hati yang benar-benar taqarrub dengan Allah, Insya Allah titisan air mata keinsafan akan mengalir sebagai tanda keinsafan dan penyesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan....

Nabi Muhammad s.a.w iaitu habibullah (kekasih Allah S.W.T) iaitu satu-satunya Rasul yang sanggup memberi syafaat kepada umat2nya... beruntunglah kita kerana menjadi salah seorang daripada umatnya iaitu selagi kita berpegang dengan Kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADUN RASULULLAH kerana kalimah inilah sebagai pengikat dan akidah kita untuk berhadapan dengan Allah S.W.T..

Nabi Muhammad s.a.w memberi syafaat untuk melepaskan ahli maksiat dari neraka Allah.....

Marilah kita ambil iktibar daripada kisah ahli maksiat yang diseksa di dalam neraka.....
Mereka memanggil2 di dalan neraka " Ya Hannan Ya Hannan" selama 1000 tahun...
" ya Qayyum" selama 1000 tahun.

Setelah Allah memberi balasaan dan hukuman ke atas ahli2 maksiat, lalu Ia  akan memanggil Jibril dan menyeru: " Wahai JIbril, apakah perbuatan ahli2 maksiat dariMuhammad S.A.W?"

lalu Jibril menjawab: " Wahai Tuhan Kmai, Engkaulah yang Maha Mengetahui hal ehwal mereka daripada aku"

Allah memerintahkan Jibril supaya pergi melihat keadaan ahli2 maksit di neraka...
Maka Jibril pergi kepada Malik dan ia sedang berada di atas mimbar dari api di tengah2 neraka Jahanam.
Tatkala Malaikat Malik melihat Malaikat Jibril, maka ia berdiri untuk menghormati kepadanya.

lalu ia berkata: " Wahai Jibril, gerangan apakah yang memasukkan engkau ke tempat ini?"

lalu Jibril menjawab:" Orang2 yang berdosa (melakukan maksiat) dari umat Muhammad."

Maka Malik berkata: " alangkah jeleknya keadaan mereka dan alangkah sempitnya tempat mereka. Api telah membakar daging2 mereka dan tinggallah wajah2 mereka dan hati2 mereka yang di dalamnya memancar cahaya iman."

Jibril berkata:" Bukakanlah hijab sehingga aku menyaksikan mereka."
Lalu malik memerintah khazanah, maka hijab itu diangkat dari neraka. Setelah mereka melihat Jibril a.s dan menyaksikan keindahan bentuk rupanya, maka mereka mengira bahawa ia bukan malaikat azab,

dan mereka sama bertanya:" siapakah seorang hamba itu yang tidak pernah ada seorang pun yang datang seindah itu?"

Malik menjawab:" Inilah Jibril a.s,, Ia datang kepada Muhammad untuk menyampai wahyu."

Setelah mereka mendengar sebutan Nabi Muhamad s.a.w., mereka semuanya sama berteriak menjerit dan menangis seraya berkata:" Wahai Jibril, sampaikan salam kami kepada Muhammad dan beritahulah tentang kejelekan ihwal kami, kami telah melupakannya dan tinggal di neraka."

Kemudian Jibril pergi sampai berada di sisi Allah. Allah S.W.T bertanya kepada Jibril:" Bagaimana kamu melihat Umat Muhammad?"

Sahut Jibril:" Wahai Tuhan Kami, bukan main jelek keadaan mereka, bukan main sempitnya tempat mereka. "

Allah S.W.T. bersabda yang bermaksud :" Apakah mereka meminta sesuatu kepadamu?"

Jawab Jibril:" Betul Wahai Tuhan, Mereka sama meminta agar aku membacakan salam mereka kepada Muhammad dan aku diminta memberitahukan kepada baginda tentang kejelikan ihwal mereka."

Allah S.W.T firman yang bermaksud:" pergilah kepadanya dan Sampaikanlah kepadanya."

Kemudian Jibril a.s pergi kepada Nabi s.a.w sambil menangis, dan baginda sedang berada di syurga di bawah pohon Thuba dalam khemah dari intan yang putih yang mempunya 4 ibun pintu.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apakah yang engkau tangisi wahai saudaraku Jibril."

Jibril menjawab:" Wahai Muhammad, andai kata engkau melihat apa yang aku lihat, engaku sungguh menangis kerana tangisku. Aku telah mendatangi ahli maksiat dari umatmu yg sama diseksa. mereka membaca salam kepadamu.

mereka mengatakan:" Alangkah jeleknya keadaan kami dan alangkah sempitnay keadaan kami."
mereka menjeri :" Aduh Muhammad!"
Jibri berkata:" dengarkanlah teriakan mereka, mereka mengucapkan:" Hai Muhammad, Nabi S.A.W."
DEmi mendengarkan ucapan mereka maka baginda bersabda dengan ucpan :" Labbaikum, Labbaikum ya Ummati."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w berdiri menangis datang di sisi Arasy dan para Nabi berada di belakang baginda. Baginda lalu berjongkok untuk bersujud dan memuji kepada Allah S.W.T dengan satu pujian yang tidak seorang pun memuji seperti pujian itu.

Maka Allah berfirman yang bermaksud:" Hai Muhammad, angkatlah tanganmu dan mintalah kamu, kamu pasti akn diberi dan mintalah syafaat, kamu pasti diberi syafaat."

Nabi s.a.w bersabda:" Wahai Tuhan, orang2 celaka dari umat2 ku telah terlepas dari hukumanmu. Dan Engaku telah menyiksa mereka. maka engkau telah berkenan memberi syafaat kepadaku."

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:" Aku telah memberi syafaat kepadamu untuk mereka."

Maka Nabi s.a.w datang bersama para nabi untuk mengeluarkan setiap orang yang mengucap " Lailahaillah Muhammadun Rasulullah."

Selanjutnya Nabi Muhammad s.a.w pergi ke neraka Jahannam. Dikala Mlik melihat kepada baginda sambil berdiri kerana menghormati baginda. Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :" Bagaimana keadaan umatku yang sama celaka"

Sahut Malik : " Bukan Main jelek keadaan mereka dan alangkah sempitnya tempat mereka.

Nabi S.A.W bersabda: bukakanlah pintu dan angkatlah anjat2an"

Maka setelah ahli neraka sama melihat Nabi s.a.w, mereka sama berteriak dan menyambut :" Aduh Muhammad! Api telah membakar kulit2 dan daging2 kami. Engkau telah meninggalkan kami dan melupakan kami di dalam neraka."

Maka Nabi menakuti mereka:" Sesungguhnya ake tidak mengerti keadaanmu semua. Kemudian mereka semua sama keluar dari neraka. Mereka telah menjadi cair dan hancur kerana dimakan api.

Kemudian mereka iaitu ahli2 maksiat telah pergi ke sungai di tepi pintu sungai yang disebut " Nahrul Hayat"
Mereka mandi di dalamnya. Setelah mereka keluar dari sungai itu menjadi mereka dalam keadaan muda belia yang sebaya dan yang sama bercelak. Wajah2 mereka seperti bulan. Kening2 mereka bertulis bertanda " pembebasan Tuhan dari Neraka". Akhirnya mereka masuk ke dalam Syurga. Mereka di syurga sama merasa, lalu mereka memohon kepada Allah menghapuskan tulisan itu. Maka Allah menghapusnya.

Ketika ahli neraka melihat orang2 Islam sama keluar dari neraka, merekan sama berkata:" Kalau kita termasuk orang2 Islam dan kita dapat keluar dari neraka"

Demikianlah Firman Allah S.W.W yang bermaksud:
" Orang2 kafir itu seringkali menginginkan, kiranya mereka dahulu di dunia menjadi orang muslim"

Beruntunglah kita sebagai umat Islam kerana diberi peluang untuk menerima Syafaat daripada Junjungan besar Nabi s.a.w.....  Jauhilah kita daripada perkara2 yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya.....

Sepertimana firman Allah S.W.W yang bermaksud:
" Sesiapa yang mentaa'ti Rasul Maka Ia telah mentaa'ti Allah S.WT."

Sekian.... Wallahua'lam......
-TARBIYATUL JANNAH-

Friday 18 November 2011

Assalamua'laikum......

Ahlan Wasahlan.....

Tarbiyatul Jannah iaitu Pendidikan Menuju ke Syurga Ilahi dengan sentiasa taqarrub dengan Allah dan mencintai RasulNya....

Semoga kita sentiasa mengambil langkah yang terbaik untuk memiliki cinta Ilahi dengan sentiasa bersama
                                                    -TARBIYATUL JANNAH-