Sunday 25 December 2011

Hebatnya dirimu Ya Rasulullah!!!

Assalamua'laikum wbt.....

Alhamdulillah...sekian lama menyepi....
Akhirnya dibuka ruang dan peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman
yang mendidik jiwa ke arah mencapai syurga Ilahi...

Insya Allah... kali nie aku ingin berkongsi pengalaman yang aku yakin
dapat menyentuh hati insan2 yang dikurniakan hidayah ke atasnya untuk
sentiasa mengambil iktibar dengan keagungan Ilahi.....

Ketika sedang menunggu ustaz masuk ke dewan kuliah....
Aku lihat seorang sahabat (pangkat adiklah) sedang mengelamun...
Terdetik kat hati untuk mengusiknya....
Tp....
"perlu ke??? Kang melarat pula.... xelok cakap benda yg lagha dalam majlis Ilmu" kata hatiku

so.... aku diamlah...
Tetibe.... seorang sahabatku yang lain bertanya kepada budak tu:
"Nape ko termenung?"

Tahu x apa yang budak 2 cakap....
xku sangka sebaris ayat yang membuatkan aku terpana......
kerana sikapnya sepanjang perkenalan kami
membuatkan aku fikir aku sedang bermimipi....

Dia menjawab:
"Aku rindukan Rasulullah!!!"

Subhanallah!!!!

Hatiku terdetik:" Janganlah kau lihat siapa yang berkata....lihatlah apa yang dia kata"

peristiwa itu xkan pernah hilang dari kamus hidupku.....
Peristiwa yang membuatkanku ingat akan Kekasih Allah....

moga ambil iktibar ye....

sekian...wassalam....

No comments:

Post a Comment