Thursday 29 December 2011

Jom amalkan!!! Doa-Doa Pada Setiap Anggota Wudu'....

Assalamua'laikum ....
Alhamdulillah.....
sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian...
hari nie...nk kongsi sikit tentang doa-doa yang digalakkan untuk diamalkan 
semasa kita membasuh anggota-anggota wudu'....
moga doa-doa nie dapat menjadi perantara kita dengan Allah swt....

Marilah kita mengamalkan doa2 ini setiap kali kita membasuh anggota wudu'....
Doa ini diambil daripada KITAB BIDAYATUL HIDAYAH karangan IMAM AL-GHAZALI r.a....
dalam kitab ini, beliau telah menyelitkan doa2 pada setiap anggota wudu' termasuk anggota2 sunat...

TETAPI...
Kali ini.... saya hanya berkongsi doa pada setiap anggota wudu' yang kerap kali kita basuh ketika mengambil wudu....

Doa ketika berkumur-kumur:
Ertinya: Ya Allah! permudahkanlah aku untuk membaca Kitab Al-Quran dan memperbanyak zikir kepadaMu dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yang kukuh (Lailahaillallah) di dunia dan di akhirat 

Doa ketika membasuh muka:
Ertinya: Ya Allah!!!putihkanlah mukaku dengan murMu pada hari yang menjadikan putih muka para aulia (hari kiamat) dan jangan Kau hitamkan mukaku dengan kegelapanMu pada hari yang menjadikan hitam pada  muka musuh-musuhmu

Doa ketika membasuh  tangan kanan:
Ertinya: Ya Allah!!! Berikanlah kepadaku catitan amalanku (pada Hari Kiamat) di tangan kananku dan hisablah daku dengan hisab yang mudah

Doa ketika membasuh  tangan kiri:
Ya Allah!!!aku berlindung denganMu daripada Engkau berikan kepadaku akan catitan amalanku di tangan kiriku atau sebelah belakangku

Doa ketika menyapu sebahagian kepala:
Ertinya: Ya Allah!!! liputilah aku dengan rahmatMu dan turunkanlah kepadaku berkatMu dan naungilah aku di bawah naungan ArasyMu di hari yang tidak ada naungan kecuali hanya NaunganMu. Ya Allah!!! Haramkanlah rambutku dan kulitku daripada sentuhan api neraka...

Doa ketika membasuh kedua telinga:
Ertinya: Ya Allah!!! Jadikanlah aku daripada hamba-hambaMu yang mendengar sesuatu perkataan lalu mereka mengikuti yang baik-baik daripadanya. Ya Allah!!! perdengarkan aku akan suara pemanggil syurga di dalam syurga bersama orang yang baik

Doa ketika membasuh kaki kanan:
Ertinya: Ya Allah!!! tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul Mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMu yang soleh

Doa ketika membasuh kaki kiri:
Ertinya: Ya Allah!!! Aku berlindung denganmu daripada tergelincir ke dalam jurang api neraka ketika aku melalui di atas titian Siratul Mustaqim. Di mana pada hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang munafiq dan musyrik

Alhamdulillah....semoga kita mengamalkan doa-doa ini.... Jika tidak dapat melakukan semua, maka janganlah kita meninggalkan semua.....

Moga kita mengamalkannya.... Insya Allah.....
Wallahu a'lam......




No comments:

Post a Comment